HOME | About MAB | Services | References | News & Events | Help Us! | Feedback
 

News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB NO. 365


TELEY MAB NO. 365
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687

Selasa, 21 September 2010

Salam Sejahtera.

Berikut adalah 2 pengumuman baru dan 2 pengumuman lama.

Pengumuman 1: Pertandingan Bakat Seni Suara dan Tarian

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 27 November di Times Square anjuran Beautiful Gate dengan kerjasama Majlis Pemulihan Malaysia. Pertandingan nyanyian akan dijalankan daripada jam 10.00 pagi – 4.00 petang manakala pertandingan tarian pula daripada jam 2.00 petang – 4.00 petang. Hanya karaoke solo sahaja yang dibenarkan bagi acara nyanyian. Warga OKU penglihatan yang ingin mengambil bahagian, sila hubungi Cik Fishah di talian 03 7955 3510.

Pengumuman 2: Maklumat Terkini Mengenai Perkhidmatan Keretapi Elektrik

Keretapi ini membuat enam perjalanan sehari dari dan ke Ipoh. Terdapat 2 jenis perkhidmatan iaitu perjalanan tanpa henti yang memakan masa selama 2 jam dan satu lagi perkhidmatan transit di mana keretapi akan berhenti di sembilan hentian di antara KL Sentral dan Ipoh yang memakan masa selama 2½ jam. Stesen-stesen tersebut adalah Kuala Lumpur, Rawang, Tanjung Malim, Behrang, Slim River, Sungkai, Tapah Road, Kampar dan Batu Gajah.

Pengumuman 3: Lawatan Warga Emas ke Hadyai

Ia akan diadakan daripada 2 – 5 Oktober (Sabtu malam – Selasa) dengan tempat penginapan yang merupakan bilik untuk 2 orang, dua sarapan, satu makan tengah hari dan satu makan malam. Tempat-tempat yang akan dilawati adalah Pantai Samila, Pulau Yo, Kuil Bukit Tangkuan, pasar terapung dan Plaza Nora. Yuran penyertaan adalah RM230.00 untuk ahli serta sukarelawan dan RM280.00 bukan ahli. Sila hubungi Pn. Rani di talian 03 2272 2677 sambungan 154.

Pengumuman 4: Bengkel Harmonika

MAB dengan kerjasama Majlis Pemulihan Malaysia akan mengadakan bengkel harmonika untuk OKU pada hari Sabtu, 13 November dari jam 2.00 petang – 5.00 petang di Dewan Utama, MAB. Matlamat bengkel ini adalah untuk memperkenalkan harmonika sebagai pendekatan holistik terhadap kehidupan dengan membantu mengembangkan tubuh dan minda menerusi konsentrasi dan teknik pernafasan. Warga OKU penglihatan yang berminat untuk menyertainya, sila hubungi En. Godfrey Ooi di talian 03 2272 2677 sambungan 127.

Pengumuman 5: Buku Audio Bahasa Inggeris

Berikut adalah 5 buku audio Bahasa Inggeris baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-

  1. Jamice Gentle Gets Sexy oleh Mavis Cheek.
  2. Frenchman’s Creek oleh Daphne Du Maurice.
  3. The Mystery In The Butcher’s Shop oleh Glades Mitchell.
  4. Mountain of Light oleh Simon Bovey.
  5. Pilgrim oleh Sabastian B.

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.

Yang benar,

En. Godfrey Ooi.

 

----------


Image of a paper pin