News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB
NO. 364
TELEY MAB NO. 364
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687
Isnin, 6 September 2010
Salam Sejahtera.
Berikut adalah 4 pengumuman baru dan 3 pengumuman lama.
Pengumuman 1: Berjalan Kaki ke Menara KL
Dr. Tan Tok Shiong akan mengetuai berjalan kaki bersama OKU penglihatan ke Menara KL pada hari Rabu, 8 September. Sila berkumpul di Pusat Warga Emas pada jam 9.00 pagi. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat membawa sukarelawan anda sendiri.
Pengumuman 2: Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Kelab Siber MAB
Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 25 September dari jam 9.30 pagi – 1.30 petang di Kafeteria MAB. Acara ini terbuka kepada semua ahli serta keluarga dan ianya percuma. Sesiapa yang berminat untuk berkaraoke, sila bawa CD lagu-lagu raya sendiri. Untuk karaoke, sila hubungi En. Zahari Hashim di talian 013 340 2079 dan untuk sambutan Hari Raya, sila mendaftar dengan Pn. Rosnah Ahmad di talian 012 333 6742. Tarikh tutup adalah 15 September.
Pengumuman 3: Perkhidmatan Keretapi Elektrik
Ramai yang telah mengetahui bahawa perkhidmatan keretapi elektrik ke Ipoh telah bermula pada 16 Ogos. Tiket boleh dibeli pada harga promosi iaitu RM30.00 dan perjalanannya hanya mengambil masa selama 2 jam sahaja. Kaunter tiket terletak di tingkat 2, KL Sentral. Anda boleh menghubungi pejabat di talian 03 2272 3392.
Pengumuman 4: Maklumat Terkini Mengenai Persembahan Muzikal Terbesar oleh Kanak-Kanak Istimewa Untuk Malaysia Book of Record
Ini adalah jemputan daripada Krista Center untuk kanak-kanak istimewa (termasuk kanak-kanak cacat penglihatan) yang berusia di antara 1 – 18 tahun untuk mengambil bahagian. Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 16 Oktober dari jam 10.00 pagi – 8.00 malam di Amcorp Mall. Ibubapa yang mempunyai anak-anak cacat penglihatan yang berminat untuk menyertai acara ini, sila hubungi Cik Usha Christina di talian 03 7781 8535 atau 012 617 4035.
Pengumuman 5: Lawatan Warga Emas ke Hadyai
Ia akan diadakan daripada 2 – 5 Oktober (Sabtu malam – Selasa) dengan tempat penginapan yang merupakan bilik untuk 2 orang, dua sarapan, satu makan tengah hari dan satu makan malam. Tempat-tempat yang akan dilawati adalah Pantai Samila, Pulau Yo, Kuil Bukit Tangkuan, pasar terapung dan Plaza Nora. Yuran penyertaan adalah RM230.00 untuk ahli serta sukarelawan dan RM280.00 bukan ahli. Sila hubungi Pn. Rani di talian 03 2272 2677 sambungan 154.
Pengumuman 6: Bengkel Harmonika
MAB dengan kerjasama Majlis Pemulihan Malaysia akan mengadakan bengkel harmonika untuk OKU pada hari Sabtu, 13 November dari jam 2.00 petang – 5.00 petang di Dewan Utama, MAB. Matlamat bengkel ini adalah untuk memperkenalkan harmonika sebagai pendekatan holistik terhadap kehidupan dengan membantu mengembangkan tubuh dan minda menerusi konsentrasi dan teknik pernafasan. Warga OKU penglihatan yang berminat untuk menyertainya, sila hubungi En. Godfrey Ooi di talian 03 2272 2677 sambungan 127.
Pengumuman 7: Persidangan Pemulihan MCR Kali ke 3
Ia akan diadakan daripada 20 – 22 September (Isnin – Rabu) di Pusat Dagangan Dunia Putra. Perbincangan akan tertumpu kepada akta OKU di Malaysia. Yuran pendaftaran adalah RM100.00 untuk OKU dan RM200.00 untuk bukan OKU. Individu OKU penglihatan yang memerlukan penajaan, sila hubungi Cik Fishah di MCR di talian 03 7955 3510.
Pengumuman 8: Buku Braille Bahasa Inggeris
Berikut adalah 5 buku braille Bahasa Inggeris baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-
Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.
Yang benar,
En. Godfrey Ooi.
----------