News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB
NO. 363
TELEY MAB NO. 363
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687
Isnin, 30 Ogos 2010
Salam Sejahtera.
Berikut adalah 5 pengumuman baru dan 2 pengumuman lama.
Pengumuman 1: Lawatan Warga Emas ke Hadyai
Ia akan diadakan daripada 2 – 5 Oktober (Sabtu malam – Selasa) dengan tempat penginapan yang merupakan bilik untuk 2 orang, dua sarapan, satu makan tengah hari dan satu makan malam. Tempat-tempat yang akan dilawati adalah Pantai Samila, Pulau Yo, Kuil Bukit Tangkuan, pasar terapung dan Plaza Nora. Yuran penyertaan adalah RM230.00 untuk ahli serta sukarelawan dan RM280.00 bukan ahli. Sila hubungi Pn. Rani di talian 03 2272 2677 sambungan 154.
Pengumuman 2: Persembahan Muzikal Terbesar oleh Kanak-Kanak Istimewa Untuk Malaysia Book of Record
Ini adalah jemputan daripada Krista Center untuk kanak-kanak istimewa yang berusia di antara 1 – 12 tahun untuk mengambil bahagian di dalam persembahan muzik terbesar oleh kanak-kanak istimewa untuk Malaysia Book of Record. Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 16 Oktober dari jam 10.00 pagi – 8.00 malam di Amcorp Mall. Mereka yang mengambil bahagian hanya perlu hadir pada waktu yang ditetapkan untuk mereka. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ms. Usha Christina di talian 03 7781 8535 atau 012 617 4035.
Pengumuman 3: Maklumat Terkini Mengenai Bengkel Harmonika
MAB dengan kerjasama Majlis Pemulihan Malaysia akan mengadakan bengkel harmonika untuk OKU pada hari Sabtu, 13 November dari jam 2.00 petang – 5.00 petang di Dewan Utama, MAB. Matlamat bengkel ini adalah untuk memperkenalkan harmonika sebagai pendekatan holistik terhadap kehidupan dengan membantu mengembangkan tubuh dan minda menerusi konsentrasi dan teknik pernafasan. Warga OKU penglihatan yang berminat untuk menyertainya, sila hubungi En. Godfrey Ooi di talian 03 2272 2677 sambungan 127.
Pengumuman 4: Maklumat Terkini Mengenai Kelas Senaman Yoga
Seorang sukarelawan akan mengadakan kursus senaman yoga selama 3 bulan untuk OKU penglihatan secara percuma. Kelas ini akan diadakan pada hari Sabtu pagi dari jam 10.30 pagi – 11.30 pagi bermula pada 18 September di Kompleks MAB. Sila mendaftar dengan En. Godfrey Ooi di talian 03 2272 2677 sambungan 127 selewat-lewatnya 9 September.
Pengumuman 5: Maklumat Terkini Mengenai Nyanyian Lagu Mandarin
Ia akan diadakan pada hari Selasa, 31 Ogos dari jam 10.00 pagi – 1.00 petang di Pusat Warga Emas. Yuran hanya RM1.00 sahaja. Sila mendaftar dengan En. Lai Kok Keong di talian 03 2274 2576.
Pengumuman 6: Persidangan Pemulihan MCR Kali ke Tiga
Ia akan diadakan daripada 20 – 22 September (Isnin – Rabu) di Pusat Dagangan Dunia Putra. Perbincangan akan tertumpu kepada akta OKU di Malaysia. Yuran pendaftaran adalah RM100.00 untuk OKU dan RM200.00 untuk bukan OKU. Individu OKU penglihatan yang memerlukan penajaan, sila hubungi Cik Fishah di MCR di talian 03 7955 3510.
Pengumuman 7: Program Persijilan Tahfiz Al-Quran Untuk OKU Penglihatan
Program ini akan diadakan di Darul Quran, Kuala Kubu Baru pada bulan Disember 2010. Ianya dibuka kepada lepasan SPM yang berusia di bawah 30 tahun. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ustazah Nazariah di talian 017 773 5518.
Pengumuman 8: Buku Audio BM
Berikut adalah 5 buku audio BM baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-
Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.
Yang benar,
En. Godfrey Ooi.
---------