HOME | About MAB | Services | References | News & Events | Help Us! | Feedback
 

News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB NO. 362


TELEY MAB NO. 362
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687

Isnin, 23 Ogos 2010

Salam Sejahtera.

Berikut adalah 5 pengumuman baru dan 3 pengumuman lama.

Pengumuman 1: Demo dan Penerangan Mengenai Produk Freedom Scientific

Ia dikendalikan oleh wakil daripada Freedom Scientific pada 26 & 27 Ogos (Khamis & Jumaat) dari jam 9.00 pagi – 1.00 petang. OKU penglihatan, ibubapa, guru-guru dan pertubuhan-pertubuhan OKU penglihatan dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Silatul Rahim di talian 03 2272 2677 sambungan 144 atau 012 297 2991.
 
Pengumuman 2: Nyanyian Lagu Mandarin

Ia akan diadakan pada hari Selasa, 31 Ogos dari jam 10.00 pagi – 2.00 petang di Pusat Warga Emas. Yuran hanya RM1.00 sahaja. Sila mendaftar dengan En. Lai Kok Keong di talian 03 2274 2576.

Pengumuman 3: Kelas Senaman Yoga

Seorang sukarelawan akan mengadakan kursus senaman yoga selama 3 bulan untuk OKU penglihatan secara percuma. Kelas ini akan diadakan pada hari Sabtu pagi dari jam 10.30 pagi – 11.30 pagi bermula pada 11 September di Kompleks MAB. Sila mendaftar dengan Pn. Farah Jori di talian 03 2272 2677 sambungan 121 selewat-lewatnya 30 Ogos.

Pengumuman 4: Keputusan Peraduan Esei Onkyo ke Lapan 2010

Hadiah Otsuki bernilai US1,000.00 dimenangi oleh Jenni Heryani daripada Indonesia. Dua hadiah terbaik bernilai US500.00 dimenangi oleh Ritchell Lim daripada Australia dan Mohamad Asri Mat Isa daripada Malaysia. Hadiah bernilai US200.00 dimenangi oleh Choo Kim Yoon daripada Malaysia.

Pengumuman 5: Projek Megah KL Sentral, Malaysian Resources Corporation Berhad

Koleksi artikel berkenaan projek pembangunan MRCB yakni KL Sentral dan kemudahan infrastruktur lain di Brickfields kini boleh didapati dalam bentuk braille daripada Malaysian Braille Press. Artikel tersebut diambil daripada majalah ‘The Edge’. Sila hubungi En. Moses Choo di talian 03 2272 1442.

Pengumuman 6: Biasiswa Untuk OKU Daripada Shell Malaysia

Warga OKU penglihatan yang berusia 17 tahun dan ke atas dari Sarawak sahaja yang berhasrat ingin melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat diploma atau ijazah boleh memohon biasiswa ini. Tarikh tutup adalah 10 September. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Farah Jori di talian 03 2272 2677 sambungan 121.

Pengumuman 7: Pertandingan Memproses Teks Bahasa Inggeris

Ini adalah salah satu acara abilympik. Peringkat kebangsaan akan diadakan pada hari Sabtu, 4 Disember di Kompleks MAB. Hadiah-hadiah yang akan diberikan adalah RM500.00, RM300.00 dan RM200.00. Sesiapa yang berminat, sila hubungi En. Godfrey Ooi di talian 03 2272 2677 sambungan 127.

Pengumuman 8: Pertandingan Menganyam Bakul

3 orang pemenang pertandingan menganyam bakul untuk OKU penglihatan di Taman Harapan pada hari Selasa, 5 Oktober akan dapat mengambil bahagian dalam pertandingan menganyam bakul peringkat kebangsaan untuk semua kategori OKU pada hari Sabtu, 4 Disember di Dewan Utama, MAB. 3 orang pemenang daripada pertandingan peringkat kebangsaan akan menerima hadiah bernilai RM500.00, RM300.00 dan RM200.00. Hadiah akan disampaikan pada 18 Disember di jamuan makan malam ‘Malam Mesra’ MCR.

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.

Yang benar,
En. Godfrey Ooi.

 

----------

 



Image of a paper pin