HOME | About MAB | Services | References | News & Events | Help Us! | Feedback
 

News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB NO. 361


TELEY MAB NO. 361
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687

Isnin, 16 Ogos 2010

Salam Sejahtera.

Berikut adalah 4 pengumuman baru dan 3 pengumuman lama.

Pengumuman 1: Program Latihan Kepimpinan Duskin di Jepun

Kursus selama 10 bulan ini adalah untuk belia OKU yang berusia di antara 18 – 40 tahun. Tarikh tutup pendaftaran adalah 31 Oktober. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Pn. Farah Jori untuk mendapatkan borang pendaftaran atau emel ke alamat duskin_training@dinf.ne.jp

Pengumuman 2: Biasiswa Untuk OKU Daripada Shell Malaysia

Warga OKU penglihatan yang berusia 17 tahun dan ke atas yang berhasrat ingin melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat diploma atau ijazah boleh memohon biasiswa ini. Tarikh tutup adalah 10 September. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Farah Jori di talian 03 2272 2677 sambungan 121.

Pengumuman 3: Kafe Siber

Sepanjang bulan puasa ini, Kafe Siber akan ditutup pada waktu makan tengah hari daripada jam 1.30 petang – 2.00 petang dan ditutup pada jam 4.30 petang.

Pengumuman 4: Pertandingan Memproses Teks Bahasa Inggeris

Ini adalah salah satu acara abilympik. Peringkat kebangsaan akan diadakan pada hari Sabtu, 4 Disember di Kompleks MAB. Hadiah-hadiah yang akan diberikan adalah RM500.00, RM300.00 dan RM200.00. Sesiapa yang berminat, sila hubungi En. Godfrey Ooi di talian
03 2272 2677 sambungan 127.

Pengumuman 5: Persidangan Pemulihan MCR Kali ke 3

Ia akan diadakan daripada 20 – 22 September (Isnin – Rabu) di Pusat Dagangan Dunia Putra. Perbincangan akan tertumpu kepada akta OKU di Malaysia. Yuran pendaftaran adalah RM100.00 untuk OKU dan RM200.00 untuk bukan OKU. Individu OKU penglihatan yang memerlukan penajaan, sila hubungi Cik Fishah di MCR di talian 03 7955 3510.

Pengumuman 6: Pertandingan Menganyam Bakul

3 orang pemenang pertandingan menganyam bakul untuk OKU penglihatan di Taman Harapan pada hari Selasa, 5 Oktober akan dapat mengambil bahagian dalam pertandingan menganyam bakul peringkat kebangsaan untuk semua kategori OKU pada hari Sabtu, 4 Disember di Dewan Utama, MAB. 3 orang pemenang daripada pertandingan peringkat kebangsaan akan menerima hadiah bernilai RM500.00, RM300.00 dan RM200.00. Hadiah akan disampaikan pada 18 Disember di jamuan makan malam ‘Malam Mesra’ MCR.

Pengumuman 7: Nyanyian Lagu-Lagu Lama Bahasa Inggeris

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 21 Ogos jam 2.00 petang di Pusat Warga Emas. Yuran pendaftaran hanya RM1.00 sahaja. Sila hubungi Pn. Violet Kok di talian 03 2274 2576.

Pengumuman 8: Buku Braille BM

Berikut adalah 5 buku braille BM baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-

  1. Terbang Seperti Rama-Rama oleh Haslinda Mohd Iderus.
  2. Andai Itu Takdirnya oleh Siti Rosmizah.
  3. Lafazkan Cintamu oleh Aida Adriani.
  4. Detik-Detik Cemas oleh A. Samad Ismail.
  5. Kau Sayangku oleh Bikash Nur Idris.

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.

Yang benar,

En. Godfrey Ooi.

 

----------

 

 

 

 



Image of a paper pin