News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB
NO. 360
TELEY MAB NO. 360
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687
Isnin, 9 Ogos 2010
Salam Sejahtera.
Berikut adalah 5 pengumuman baru dan 1 pengumuman lama.
Pengumuman 1: Stesen Petrol Mobil
Ramai yang sudah mengetahui bahawa stesen Mobil yang bersebelahan dengan YMCA telah diambil alih oleh Esso. Jika anda menaiki teksi, jangan lupa untuk memberitahu pemandu supaya melalui persimpangan Esso (dan bukan Mobil) untuk ke Brickfields.
Pengumuman 2: Jalan Sehala di Brickfields
Sistem ini sedang di dalam peringkat percubaan di Brickfields untuk tempoh selama 3 bulan bermula daripada bulan Ogos. Pengarah Eksekutif MAB mendapati tiada ciri-ciri keselamatan pada hari pertama tempoh percubaan, beliau telah menghubungi pihak-pihak berkuasa terbabit seperti DBKL, pihak polis dan menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memaklumkan bahawa perlunya infra struktur sedemikian dipasang.
Pengumuman 3: Persidangan Pemulihan MCR Kali ke 3
Ia akan diadakan daripada 20 – 22 September (Isnin – Rabu) di Pusat Dagangan Dunia Putra. Perbincangan akan tertumpu kepada akta OKU di Malaysia. Yuran pendaftaran adalah RM100.00 untuk OKU dan RM200.00 untuk bukan OKU. Individu OKU penglihatan yang memerlukan penajaan, sila hubungi Cik Fishah di MCR di talian 03 7955 3510.
Pengumuman 4: Jawatan Kosong Untuk Juru Urut Lelaki
Unit Penempatan Pekerjaan sedang mencari 2 orang juru urut lelaki untuk sebuah kedai di Seksyen 19, Petaling Jaya yang dimiliki oleh seorang pengusaha bangsa Cina. Gaji yang ditawarkan adalah minima RM1,200.00 sebulan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Jacqueline di talian 03 2272 2677 sambungan 175.
Pengumuman 5: Maklumat Terkini Mengenai Hadiah Istimewa Kepada Pembaca Buku Braille Aktif 2010
Hadiah-hadiah wang tunai bernilai RM50.00, RM40.00 dan 3 hadiah wang tunai bernilai RM30.00 akan diberikan kepada 5 orang pembaca buku braille yang aktif pada tahun ini. Sila hantar sinopsis buku sama ada Bahasa Inggeris atau BM di dalam 100 – 200 patah perkataan kepada Perpustakaan MAB sebelum 1 Disember. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Maswirda di talian 03 2272 2677 sambungan 161.
Pengumuman 6: Maklumat Terkini Mengenai Pertandingan Menganyam Bakul
3 orang pemenang pertandingan menganyam bakul untuk OKU penglihatan di Taman Harapan pada hari Selasa, 5 Oktober akan dapat mengambil bahagian dalam pertandingan menganyam bakul peringkat kebangsaan untuk semua kategori OKU pada hari Sabtu, 4 Disember di Dewan Utama, MAB. 3 orang pemenang daripada pertandingan peringkat kebangsaan akan menerima hadiah bernilai RM500.00, RM300.00 dan RM200.00. Hadiah akan disampaikan pada 18 Disember di jamuan makan malam ‘Malam Mesra’ MCR.
Pengumuman 7: Nyanyian Lagu-Lagu Lama Bahasa Inggeris
Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 21 Ogos jam 2.00 petang di Pusat Warga Emas. Yuran pendaftaran hanya RM1.00 sahaja. Sila hubungi Pn. Violet Kok di talian 03 2274 2576.
Pengumuman 8: Buku Audio Bahasa Inggeris
Berikut adalah 5 buku audio Bahasa Inggeris baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-
Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.
Yang benar,
En. Godfrey Ooi.
----------