News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB
NO. 359
TELEY MAB NO. 359
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687
Isnin, 2 Ogos 2010
Salam Sejahtera.
Berikut adalah 1 pengumuman baru dan 4 pengumuman lama.
Pengumuman 1: Nyanyian Lagu-Lagu Lama Bahasa Inggeris
Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 21 Ogos jam 2.00 petang di Pusat Warga Emas. Yuran pendaftaran hanya RM1.00 sahaja. Sila hubungi Pn. Violet Kok di talian 03 2274 2576.
Pengumuman 2: Hadiah Istimewa Kepada 5 Pembaca Aktif 2010
Hadiah ini akan diberikan pada bulan Disember kepada pengguna-pengguna perpustakaan yang menjadi ahli dan yang mempunyai rekod pinjaman buku-buku braille yang aktif. Sila hantar sinopsis buku sama ada Bahasa Inggeris atau BM di dalam 100 – 200 patah perkataan kepada Perpustakaan MAB sebelum 1 Disember 2010. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Maswirda di talian 03 2272 2677 sambungan 161.
Pengumuman 3: Kuiz ICT, Pameran dan Simposium
Ketiga-tiga program ini akan diadakan pada hari Sabtu, 7 Ogos dari jam 8.30 pagi – 3.30 petang. Terdapat demo peralatan ICT termasuk perisian pembaca skrin Apple yang terkini. Jamuan ringan dan makan tengah hari disediakan. Sila mendaftar dengan Pn. Rosnah Ahmad di talian 012 333 6742 sebelum 4 Ogos.
Pengumuman 4: Kempen Derma Mata Dengan Jamuan Makan Tengah Hari dan Hamper Untuk OKU Penglihatan
Ia akan diadakan pada hari Ahad, 8 Ogos di kuil Buddha Bihara, Brickfields. Warga OKU penglihatan dijemput hadir. Terdapat cabutan bertuah dan telefon bimbit sebagai hadiah pertama. Bas akan bertolak daripada Kompleks MAB jam 10.00 pagi. Sila mendaftar dengan En. Subra di talian 03 2272 2677.
Pengumuman 5: Majlis Sambutan Bulan Ramadhan Al-Mubarak oleh Pusat Khidmat Masyarakat
Ia akan diadakan pada hari Ahad, 8 Ogos dari jam 6.00 petang – 9.00 malam di Kafeteria MAB. Warga OKU penglihatan yang beragama Islam dan keluarga dijemput hadir beramai-ramai. Sila hubungi pejabat di talian 03 9221 1440.
Pengumuman 6: Buku Braille Bahasa Inggeris
Berikut adalah 5 buku braille Bahasa Inggeris baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-
Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.
Yang benar,
En. Godfrey Ooi.
----------