News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB
NO. 358
TELEY MAB NO. 358
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687
Isnin, 26 Julai 2010
Salam Sejahtera.
Berikut adalah 7 pengumuman baru.
Pengumuman 1: Kuiz ICT, Pameran dan Simposium
Ketiga-tiga program ini akan diadakan pada hari Sabtu, 7 Ogos dari jam 8.30 pagi – 3.30 petang. Untuk menyertai kuiz, sila hantar emel ke ict@mab.org.my untuk mendapatkan satu set soalan dan jawapan mesti dikembalikan sebelum 31 Julai. 5 orang peserta dengan markah tertinggi akan bertanding di peringkat akhir pada 7 Ogos. Kuiz ini adalah percuma kepada ahli dan bukan ahli dikenakan bayaran RM5.00.
Berkenaan dengan simposium, terdapat demo peralatan ICT termasuk perisian pembaca skrin Apple yang terkini. Jamuan ringan dan makan tengah hari disediakan. Sila mendaftar dengan Pn. Rosnah Ahmad di talian 012 333 6742 sebelum 4 Ogos.
Pengumuman 2: Maklumat Terkini Mengenai Bengkel Harmonika
Disebabkan sambutan yang kurang menggalakkan, bengkel ini terpaksa dibatalkan. Walaubagaimanapun, satu tarikh baru akan dipertimbangkan.
Pengumuman 3: Kempen Derma Mata Dengan Jamuan Makan Tengah Hari dan Hamper Untuk OKU Penglihatan
Ia akan diadakan pada Hari Ahad, 8 Ogos di kuil Buddha Bihara, Brickfields. Warga OKU penglihatan dijemput hadir. Terdapat cabutan bertuah dengan telefon bimbit sebagai hadiah pertama. Bas akan bertolak daripada Kompleks MAB jam 10.00 pagi. Sila mendaftar dengan En. Subra di talian 03 2272 2677.
Pengumuman 4: Jualan Peralatan
Sarung tangan refleksologi kini boleh didapati pada harga RM5.00 untuk 100 keping dan krim refleksologi pada harga RM17.00 sekilo. Sila hubungi Pn. Rani di talian 03 2272 2677 sambungan 154.
Pengumuman 5: Majlis Sambutan Bulan Ramadhan Al-Mubarak oleh Pusat Khidmat Masyarakat
Ia akan diadakan pada hari Ahad, 8 Ogos dari jam 6.00 petang – 9.00 malam di Kafeteria MAB. Warga OKU penglihatan yang beragama Islam dan keluarga dijemput hadir beramai-ramai. Sila hubungi pejabat di talian 03 9221 1440.
Pengumuman 6: Program Persijilan Tahfiz Al-Quran Untuk OKU Penglihatan
Program ini akan diadakan di Darul Quran, Kuala Kubu Baru pada bulan Disember 2010. Ianya dibuka kepada lepasan SPM yang berusia di bawah 30 tahun. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ustazah Nazariah di talian 017 773 5518.
Pengumuman 7: Buku Audio Yang Dicadangkan – The Mind of God oleh Paul Davies
Buku ini menerangkan berkenaan dengan alam semesta seperti mengapa ia wujud, dari manakah undang-undang alam berasal dan adakah ia diciptakan oleh Tuhan? Penulis membuat kesimpulan bahawa alam ini bukan terjadi dengan sendiri tetapi diciptakan oleh Tuhan. Untuk meminjam buku ini, sila hubungi Pn. Zuraidah di talian 03 2272 2677 sambungan 150.
Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.
Yang benar,
En. Godfrey Ooi.
----------