HOME | About MAB | Services | References | News & Events | Help Us! | Feedback
 

News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB NO. 357


TELEY MAB NO. 357
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687

Isnin, 19 Julai 2010

Salam Sejahtera.

Berikut adalah 4 pengumuman baru dan 3 pengumuman lama.

Pengumuman 1: Penyertaan OKU Penglihatan Di Dalam Pasar Tani

Pihak FAMA ingin menggalakkan warga OKU penglihatan untuk menyertai perniagaan pasar tani. Mereka boleh menawarkan kemahiran mereka seperti refleksologi, kraftangan dan bermain muzik. FAMA akan memberikan kursus di kemudian hari. Sesiapa yang berminat, sila mendaftar dengan Pn. Jamilah di talian 03 2272 2677 sambungan 173. Tarikh tutup adalah 23 Julai.

Pengumuman 2: Hadiah Istimewa Kepada 5 Pembaca Aktif 2010

Hadiah ini akan diberikan pada bulan Disember kepada pengguna-pengguna perpustakaan yang menjadi ahli dan yang mempunyai rekod pinjaman yang aktif. Sila hantar sinopsis buku sama ada Bahasa Inggeris atau BM di dalam 100 – 200 patah perkataan kepada Perpustakaan MAB sebelum 1 Disember 2010. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Maswirda di talian 03 2272 2677 sambungan 161.

Pengumuman 3: Seksyen 13 Petaling Jaya Bakal Mesra OKU

Pada bengkel anjuran jawatankuasa teknikal akses MBPJ pada bulan Jun yang lalu, mereka telah tampil dengan model konsep yang akan menyediakan kemudahan mesra OKU di Seksyen 13, Petaling Jaya. Ianya akan menjadi projek bebas halangan yang kedua untuk OKU. Projek yang pertama telah dilaksanakan oleh DBKL di Brickfields pada tahun 2004.

Pengumuman 4: Buku Audio Yang Dicadangkan – Mahathir Mohamad In Turbulent Times oleh Barry Wain

Buku ini adalah mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia, sumbangan-sumbangan beliau, kekuatan dan kelemahan beliau. Untuk meminjam buku ini, sila hubungi Pn. Zuraidah di talian 03 2272 2677 sambungan 150.

Pengumuman 5: Perjumpaan Warga Emas

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 24 Julai jam 10.30 pagi di Dewan Utama, MAB. Ceramah mengenai gula dan kesihatan oleh En. Anversah. En. Madimaran, seorang OKU penglihatan daripada Sri Lanka telah bersetuju untuk bermain alat muzik seruling India yang diiringi oleh tabla. Perjumpaan tersebut akan dimulakan dengan permainan lotto di kantin dan dominoes di Pusat Warga Emas. Yuran adalah RM4.00 untuk ahli dan RM5.00 bukan ahli. Sila mendaftar dengan Pn. Rani di talian 03 2272 2677 sambungan 154.

Pengumuman 6: Pertandingan Bakat Seni Suara KRM 2010

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 7 Ogos jam 8.00 malam di Dewan Utama, MAB. Yuran pendaftaran adalah RM10.00 untuk ahli dan RM15.00 bukan ahli. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi En. Anuar Bidin di talian 016 379 8659.

Pengumuman 7: Bengkel Harmonika

MAB dengan kerjasama Majlis Pemulihan Malaysia akan mengadakan bengkel harmonika untuk OKU pada hari Jumaat, 30 Julai jam 3.00 petang di Dewan Utama, MAB. Matlamat bengkel ini adalah untuk memperkenalkan harmonika sebagai pendekatan holistik terhadap kehidupan dengan membantu mengembangkan tubuh dan minda menerusi konsentrasi dan teknik pernafasan. Warga OKU penglihatan yang berminat untuk menyertainya, sila hubungi En. Godfrey Ooi di talian 03 2272 2677 sambungan 127.

Pengumuman 8: Buku Audio BM

Berikut adalah 5 buku audio BM baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-

  1. Diari Bonda Tiga oleh Rohani Din.
  2. Kasih Untuk Mu oleh Ann Faizal.
  3. Mengurus Dengan Kebijaksanaan oleh Jack H. Grossman.
  4. Berjaya Dalam Kerjaya oleh Theresa Ong.
  5. Membina Jati Diri Gemilang oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.

 

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.

Yang benar,
En. Godfrey Ooi.

 

----------

 

 

 

 



Image of a paper pin