HOME | About MAB | Services | References | News & Events | Help Us! | Feedback
 

News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB NO. 356


TELEY MAB NO. 356
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687

Isnin, 12 Julai 2010

Salam Sejahtera.

Berikut adalah 5 pengumuman baru dan 3 pengumuman lama.

Pengumuman 1: Banci Penduduk dan Perumahan 2010

Ia dikendalikan oleh pihak kerajaan setiap 10 tahun. Pada tahun ini, ia sedang dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula daripada 6 Julai – 22 Ogos. Matlamat banci ini adalah untuk mendapatkan perangkaan berkenaan keadaan hidup penduduk. Sila berikan kerjasama anda apabila didatangi pihak yang bertugas.

Pengumuman 2: ‘Line Dancing’

Kelas tarian ‘line dancing’ berikutnya akan diadakan pada hari Khamis, 15 Julai jam 8.00 malam di Dewan Utama, MAB. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Cik Anna Loo di talian 013 360 6088.

Pengumuman 3: Hobi Senifoto Untuk OKU Penglihatan

Sesi berikutnya akan diadakan pada hari Sabtu, 17 Julai jam 9.00 pagi. Anda tentu gembira apabila mendapat tahu bahawa Bursa Malaysia telah menderma 10 buah kamera dan 1 kamera khas untuk projek ini. Para peserta diminta berada di kaunter resepsi MAB. Sila hubungi En. Albert Kong di talian 03 2272 2677 sambungan 178.

Pengumuman 4: Maklumat Terkini Mengenai Lawatan Warga Emas ke Cameron Highland

Ia akan diadakan pada 19 – 20 Julai (Isnin – Selasa). Masih terdapat 3 tempat lagi untuk OKU penglihatan dan 7 tempat untuk sukarelawan. Yuran pendaftaran adalah RM100.00 untuk ahli dan RM130.00 bukan ahli. Sila mendaftar dengan Pn. Rani di talian 03 2272 2677 sambungan 154.

Pengumuman 5: Maklumat Terkini Mengenai Perjumpaan Warga Emas

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 24 Julai jam 10.30 pagi di Dewan Utama, MAB. Ceramah mengenai gula dan kesihatan oleh En. Anversah. En. Madimaran, seorang OKU penglihatan daripada Sri Lanka telah bersetuju untuk bermain alat muzik seruling India yang diiringi oleh tabla. Perjumpaan tersebut akan dimulakan dengan permainan lotto di kantin dan dominoes di Pusat Warga Emas. Yuran adalah RM4.00 untuk ahli dan RM5.00 bukan ahli. Sila mendaftar dengan Pn. Rani di talian 03 2272 2677 sambungan 154.

Pengumuman 6: Pertandingan Bakat Seni Suara KRM 2010

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 7 Ogos jam 8.00 malam di Dewan Utama, MAB. Peringkat saringan akan diadakan pada hari Sabtu, 17 Julai di Bilik Muzik MAB. Yuran pendaftaran adalah RM10.00 untuk ahli dan RM15.00 bukan ahli. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi En. Anuar Bidin di talian 016 379 8659.

Pengumuman 7: Bengkel Harmonika

MAB dengan kerjasama Majlis Pemulihan Malaysia akan mengadakan bengkel harmonika untuk OKU pada hari Jumaat, 30 Julai jam 3.00 petang di Dewan Utama, MAB. Matlamat bengkel ini adalah untuk memperkenalkan harmonika sebagai pendekatan holistik terhadap kehidupan dengan membantu mengembangkan tubuh dan minda menerusi konsentrasi dan teknik pernafasan. Warga OKU penglihatan yang berminat untuk menyertainya, sila hubungi En. Godfrey Ooi di talian 03 2272 2677 sambungan 127.

Pengumuman 8: Karnival Paralimpik DBKL – KL Terbuka 2010

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis Paralimpik Malaysia akan menganjurkan karnival tersebut pada 23 – 25 Julai di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Acara sukan untuk OKU penglihatan adalah goalball, ten pin bowling, olahraga, renang dan lumba basikal tandem. Sila mendaftar dengan En. Fairuz di talian 03 2272 2677 sambungan 136.

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.

Yang benar,
En. Godfrey Ooi.

----------

 

 

 

 



Image of a paper pin