News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB
NO. 355
TELEY MAB NO. 355
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687
Isnin, 5 Julai 2010
Salam Sejahtera.
Berikut adalah 7 pengumuman baru dan 2 pengumuman lama.
Pengumuman 1: Ceramah Mengenai Barah Rahim
Kelab Wanita Cacat Penglihatan MAB akan mengadakan ceramah tersebut pada hari Sabtu, 10 Julai jam 11.00 pagi yang akan disampaikan oleh Dr. Sharifah Azlina iaitu seorang pegawai perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur. Jamuan ringan akan diberikan pada jam 10.30 pagi. Sila hubungi Pn. Jacqueline di talian 03 2272 2677 sambungan 175 untuk pendaftaran.
Pengumuman 2: Polis Masyarakat di Brickfields
Untuk aduan kepada pihak Polis Brickfields, sila hubungi talian 03 2274 4465.
Pengumuman 3: Lawatan Kelab Kakitangan MAB ke Cameron Highlands
Ia telah ditunda pada 9 & 10 Oktober (Sabtu dan Ahad). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Ramdas di sambungan 129.
Pengumuman 4: ‘Line Dancing’
Kelas tarian ‘line dancing’ akan diadakan pada hari Khamis, 8 Julai jam 8.00 malam di Dewan Utama, MAB. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Cik Anna Loo di talian 013 360 6088.
Pengumuman 5: Pertandingan Bakat Seni Suara KRM 2010
Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 7 Ogos jam 8.00 malam di Dewan Utama, MAB. Peringkat saringan akan diadakan pada hari Sabtu, 17 Julai di Bilik Muzik MAB. Yuran pendaftaran adalah RM10.00 untuk ahli dan RM15.00 bukan ahli. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi En. Anuar Bidin di talian 016 379 8659.
Pengumuman 6: Perjumpaan Warga Emas
Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 24 Julai jam 10.30 pagi di Dewan Utama, MAB. Ceramah mengenai gula dan kesihatan oleh En. Anversah. Perjumpaan tersebut akan dimulakan dengan permainan lotto di kantin dan dominoes di Pusat Warga Emas. Yuran adalah RM4.00 untuk ahli dan RM5.00 bukan ahli. Sila mendaftar dengan Pn. Rani di talian 03 2272 2677 sambungan 154.
Pengumuman 7: Maklumat Terkini Mengenai Bengkel Harmonika
MAB dengan kerjasama Majlis Pemulihan Malaysia akan mengadakan bengkel harmonika untuk OKU pada hari Jumaat, 30 Julai jam 3.00 petang di Dewan Utama, MAB. Matlamat bengkel ini adalah untuk memperkenalkan harmonika sebagai pendekatan holistik terhadap kehidupan dengan membantu mengembangkan tubuh dan minda menerusi konsentrasi dan teknik pernafasan. Warga OKU penglihatan yang berminat untuk menyertainya, sila hubungi En. Godfrey Ooi di talian 03 2272 2677 sambungan 127.
Pengumuman 8: Hamper Perayaan Untuk OKU Penglihatan
Borang-borang permohonan sekarang boleh didapatkan di kaunter resepsi MAB. Sila hubungi En. Subra atau Cik Nurhidayah di talian 03 2272 2677. Tarikh tutup adalah 15 Julai.
Pengumuman 9: Karnival Paralimpik DBKL – KL Terbuka 2010
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis Paralimpik Malaysia akan menganjurkan karnival tersebut pada 23 – 25 Julai di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Acara sukan untuk OKU penglihatan adalah goalball, ten pin bowling, olahraga, renang dan lumba basikal tandem. Sila mendaftar dengan En. Fairuz di talian 03 2272 2677 sambungan 136.
Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.
Yang benar,
En. Godfrey Ooi.
----------