News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB
NO. 354
TELEY MAB NO. 354
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687
Rabu, 30 Jun 2010
Salam Sejahtera.
Berikut adalah 5 pengumuman baru dan 3 pengumuman lama.
Pengumuman 1: Insurans Kemalangan Peribadi Untuk OKU Penglihatan
AXA Affin akan memberikan penerangan ringkas mengenai skim kemalangan peribadi mereka untuk OKU penglihatan pada hari Sabtu, 3 Julai jam 10.00 pagi di Dewan Utama, MAB. Warga OKU penglihatan boleh mendaftar untuk polisi insurans pada hari yang sama. Jamuan ringan akan disediakan. Sesiapa yang berminat untuk hadir, sila berikan nama anda kepada Pn. Jamilah di talian 03 2272 2677 sambungan 173.
Pengumuman 2: Karnival Paralimpik DBKL – KL Terbuka 2010
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis Paralimpik Malaysia akan menganjurkan karnival tersebut pada 23 – 25 Julai di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Acara sukan untuk OKU penglihatan adalah goalball, ten pin bowling, olahraga, renang dan lumba basikal tandem. Sila mendaftar dengan En. Fairuz di talian 03 2272 2677 sambungan 136.
Pengumuman 3: Bengkel Harmonika
MAB dengan kerjasama Majlis Pemulihan Malaysia akan mengadakan bengkel harmonika untuk OKU pada hari Jumaat, 30 Julai jam 3.00 petang di Dewan Utama, MAB. Warga OKU penglihatan yang berminat untuk menyertainya, sila hubungi En. Godfrey Ooi di talian 03 2272 2677 sambungan 127.
Pengumuman 4: ‘Line Dancing’
Mungkin ada di antara anda yang masih ingat akan tarian ‘line dancing’ yang telah diperkenalkan beberapa tahun lalu. Kini program ini kembali dan akan dikendalikan oleh Cik Jenny dan akan dimulakan pada hari Khamis, 1 Julai jam 8.00 malam di Dewan Utama, MAB. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Cik Anna Loo di talian 013 360 6088.
Pengumuman 5: Cadangan Buku Braille oleh Wan Zainon
Buku tersebut bertajuk Independent Living Without Sight and Hearing oleh Richard Kinney. Pengarang adalah seorang yang kurang upaya pendengaran dan penglihatan dan beliau memberi banyak petua dalam menjalani hidup sebagai seorang yang kurang upaya pendengaran dan penglihatan khususnya kaedah berkomunikasi untuk OKU pendengaran dan penglihatan. Di akhir buku ini, beliau telah membuka 2 rahsia kejayaan yang penting. Untuk meminjam buku ini, sila hubungi Pn. Zuraidah di talian 03 2272 2677 sambungan 150.
Pengumuman 6: Hamper Perayaan Untuk OKU Penglihatan
Borang-borang permohonan sekarang boleh didapatkan di kaunter resepsi MAB. Sila hubungi En. Subra atau Cik Nurhidayah di talian 03 2272 2677. Tarikh tutup adalah 15 Julai.
Pengumuman 7: Karnival Brickfields Untuk OKU oleh Rukun Tetangga Sempena Hari Kemerdekaan
Ia akan diadakan pada hari Ahad, 1 Ogos dari jam 9.00 pagi – 3.00 petang di Kompleks MAB. Terdapat pameran oleh agensi-agensi kerajaan seperti jabatan polis, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan mewarna dan pertunjukan fesyen untuk kanak-kanak, pertandingan catur dan futsal dan juga kuiz merdeka. Warga OKU penglihatan yang ingin hadir, sila mendaftar dengan Pn. Jamilah di talian 03 2272 2677 sambungan 173.
Pengumuman 8: Pertandingan Menganyam Bakul Untuk OKU Penglihatan
Ia akan diadakan pada hari Selasa, 5 Oktober dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang di Taman Harapan. Matlamatnya adalah untuk memilih peserta-peserta ke pertandingan menganyam bakul peringkat kebangsaan yang merupakan salah satu daripada acara yang dipertandingkan dalam pertandingan Abilympics Peringkat Kebangsaan Kali ke 4. Johan pertandingan menganyam bakul peringkat kebangsaan akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Abilympics Peringkat Antarabangsa di Korea Selatan pada tahun hadapan. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Cik Raja Norsaadah di talian 03 2272 2677 sambungan 119.
Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.
Yang benar,
En. Godfrey Ooi.
----------