HOME | About MAB | Services | References | News & Events | Help Us! | Feedback
 

News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB NO. 353


TELEY MAB NO. 353
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687

Khamis, 24 Jun 2010

Salam Sejahtera.

Berikut adalah 5 pengumuman baru dan 2 pengumuman lama.

Pengumuman 1: MAB Ditutup Pada 29 Jun

MAB akan ditutup perkhidmatannya pada hari Selasa, 29 Jun kerana sebahagian besar kakitangannya akan terlibat di dalam kursus Pengukuhan Nilai dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang. Walaubagaimanapun, telefonis kami akan terus berada di kaunter resepsi. MAB meminta maaf di atas kesulitan yang timbul.

Pengumuman 2: Maklumat Terkini Mengenai Dialog Dengan Pihak Polis

Menurut pihak polis, jika mereka tidak dapat mengalihkan sesuatu halangan seperti tiang lampu ataupun papan tanda, mereka akan memaklumkan kepada pihak yang berkenaan seperti DBKL untuk menempatkan semula objek-objek tersebut. Denda juga akan dikenakan kepada mana-mana kenderaan yang diletakkan di tempat yang salah.

Pengumuman 3: Pertandingan Menganyam Bakul Untuk OKU Penglihatan

Ia akan diadakan pada hari Selasa, 5 Oktober dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang di Taman Harapan. Matlamatnya adalah untuk memilih peserta-peserta ke pertandingan menganyam bakul peringkat kebangsaan yang merupakan salah satu daripada acara yang dipertandingkan dalam pertandingan Abilympics Peringkat Kebangsaan Kali ke 4. Johan pertandingan menganyam bakul peringkat kebangsaan akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Abilympics Peringkat Antarabangsa di Korea Selatan pada tahun hadapan. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Cik Raja Norsaadah di talian 03 2272 2677 sambungan 119.

Pengumuman 4: Hamper Perayaan Untuk OKU Penglihatan

Borang-borang permohonan sekarang boleh didapatkan di kaunter resepsi MAB. Sila hubungi En. Subra atau Cik Nurhidayah di talian 03 2272 2677. Tarikh tutup adalah 15 Julai.

Pengumuman 5: Jualan Peralatan

Barangan terkini untuk dijual adalah jam rantai kunci bentuk hati yang menggunakan dua bateri 3A. Harganya adalah RM16.00 sahaja. Sila hubungi Pn. Rani di talian 03 2272 2677 sambungan 154.

Pengumuman 6: Lawatan Warga Emas ke Cameron Highlands

Ia akan diadakan dari 19 – 20 Julai (Isnin – Selasa). Yuran pendaftaran adalah RM100.00 untuk ahli dan sukarelawan dan RM130.00 bukan ahli. Aturcara lawatan adalah pusat buah-buahan Mardi, ladang teh, kebun strawberry, taman ros, ladang madu lebah, pasar malam dan satu makan tengah hari percuma. Penginapan di Hotel Jasmine. Sesiapa yang berminat, sila mendaftar dengan Pn. Rani di talian 03 2272 2677 sambungan 154.

Pengumuman 7: Karnival Brickfields Untuk OKU oleh Rukun Tetangga Sempena Hari Kemerdekaan

Ia akan diadakan pada hari Ahad, 1 Ogos dari jam 9.00 pagi – 3.00 petang di Kompleks MAB. Terdapat pameran oleh agensi-agensi kerajaan seperti jabatan polis, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan mewarna dan pertunjukan fesyen untuk kanak-kanak, pertandingan catur dan futsal dan juga kuiz merdeka. Warga OKU penglihatan yang ingin hadir, sila mendaftar dengan Pn. Jamilah di talian 03 2272 2677 sambungan 173.

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.

Yang benar,

En. Godfrey Ooi.

 

 

----------

 

 

 

 



Image of a paper pin