HOME | About MAB | Services | References | News & Events | Help Us! | Feedback
 

News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB NO. 340


TELEY MAB NO. 340
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687

Selasa, 23 Mac 2010

Salam Sejahtera.

Terdapat 4 pengumuman baru.

Pengumuman 1: Latihan Judo

En. Oyama akan mengadakan sesi latihan judo di Kompleks MAB pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu dari jam 9.00 pagi – 11.00 pagi dan 5.00 petang – 7.00 malam. Warga OKU penglihatan yang berminat, sila hubungi En. Oyama di talian 019 643 9635 atau En. Mat Rodzi di talian 03 2272 2677 sambungan 182.

Pengumuman 2: Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru Kelab Siber

Barisan ahli jawatankuasa baru Kelab Siber adalah seperti berikut:-

En. Yam Thong Woo – Pengerusi.
En. Muhammad Syukor Syaaban – Naib Pengerusi.
Pn. Rosnah Ahmad – Setiausaha.
En. Manohharan – Bendahari.
En. Taslim Kosni, En. Zahari Hashim dan Pn. Romainun Zakaria – Ahli Jawatankuasa.

Pengumuman 3: Perjumpaan Kelab Warga Emas

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 17 April 2010 di Dewan Utama, MAB. Jika terdapat sekurang-kurangnya 10 orang peserta, kami akan mengadakan pertandingan bakat seni suara secara tidak rasmi yang akan dibuka untuk warga emas sahaja. Sesiapa yang berminat untuk mengambil bahagian, sila hubungi En. Godfrey Ooi di talian 03 2272 2677 sambungan 127.

Pengumuman 4: Maklumat Terkini Mengenai Kelas Bahasa Inggeris

Unit Penempatan Pekerjaan sedang mengadakan kelas Bahasa Inggeris pada hari Sabtu bekerja MAB dari jam 10.30 pagi – 12.00 tengah hari. Kelas ini adalah percuma dan semua warga OKU penglihatan dialu-alukan untuk mendaftar. Guru sukarela yang akan mengajar kelas tersebut ialah Cik Delecia seorang yang mahir berbahasa Inggeris dan BM. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Pn. Jacqueline di talian 03 2272 2677 sambungan 175.

Pengumuman 5: Buku Audio Bahasa Inggeris

Terdapat 5 buku audio Bahasa Inggeris baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-

  1. Kings oleh Sebastian Bioskivich.
  2. The Eleventh Commandment oleh Jeffrey Archer.
  3. The Phantom of The Opera oleh Gaston Leroux.
  4. The Risk Pool oleh Richard Russo.
  5. Nothing But The Truth oleh Avi.

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.

Yang benar,

En. Godfrey Ooi.

 

 

----------

 

 

 

 



Image of a paper pin