HOME | About MAB | Services | References | News & Events | Help Us! | Feedback
 

News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB NO. 339


TELEY MAB NO. 339
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687

Isnin, 8 Mac 2010

Salam sejahtera.

Terdapat 2 pengumuman baru dan 2 pengumuman lama.

Pengumuman 1: Bantuan Biasiswa

Warga OKU penglihatan yang sedang belajar di peringkat pengajian tinggi atau yang bakal ke universiti, boleh memohon bantuan biasiswa daripada MAB. Untuk mendapatkan borang, sila hubungi Pn. Nur Farah Jori di talian 03 2272 2677 sambungan 121 dan kembalikan borang tersebut pada 16 Mac 2010.

Pengumuman 2: Bantuan Geran

Warga OKU penglihatan yang ingin mengikuti program kaji selidik ataupun yang ingin mengikuti kursus peningkatan diri seperti muzik, juga boleh memohon bantuan geran daripada MAB. Untuk mendapatkan borang, sila hubungi Pn. Nur Farah Jori di talian 03 2272 2677 sambungan 121 dan kembalikan borang tersebut pada 16 Mac 2010.

Pengumuman 3: Kejohanan Goalball Peringkat Asia 2010

Keputusan Kejohanan Goalball Peringkat Asia adalah seperti berikut:-

  1. Pemenang bagi kategori lelaki adalah Iran, Korea Selatan dan Iraq.
  2. Pemenang bagi kategori wanita adalah Jepun, Iran dan Korea Selatan.

Pengumuman 4: Perjumpaan Pertama Kelab Wanita Cacat Penglihatan

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 20 Mac 2010 jam 11.00 pagi di Dewan Utama, MAB. Sila daftarkan nama anda kepada Pn. Jacqueline di talian 03 2272 2677 sambungan 175 untuk tujuan penyediaan makanan tengah hari.

Pengumuman 5: Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Siber MAB

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 13 Mac 2010 di Dewan Utama, MAB dari jam 9.00 pagi – 10.30 pagi dan diikuti oleh pameran telefon bimbit Apple 3GS daripada Maxis jam 11.00 pagi dan tongkat pintar jam 2.00 petang. Makanan disediakan. Para ahli diminta menjelaskan yuran tahunan sebanyak RM12.00. Sila mendaftar dengan En. Fazlin di talian 03 2272 2677 sambungan 145.

Pengumuman 6: Kelas Bahasa Inggeris Untuk Individu Kurang Upaya Penglihatan

Unit Penempatan Pekerjaan akan mengadakan kelas Bahasa Inggeris pada setiap hari Sabtu dari jam 8.30 pagi – 10.00 pagi. Guru sukarela yang akan mengajar kelas tersebut ialah Cik Delecia seorang yang mahir berbahasa Inggeris dan BM. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Cik Jacqueline di talian 03 2272 2677 sambungan 175.

Pengumuman 7: Buku Braille Bahasa Inggeris

Terdapat 5 buku braille Bahasa Inggeris baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-

  1. Quill, The Life of a Guide Dog oleh Kengo Ishiguro.
  2. The Wonderful Wizard of Oz oleh L. Frank Baum.
  3. The Old Man and His Magic Pot oleh James Goh.
  4. The Hungry Thief oleh Kohwai and Young.
  5. Snicker The Brownie oleh Enid Blyton.

 

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.

Yang benar,
En. Godfrey Ooi.

 

 

 

----------

 

 

 

 



Image of a paper pin