HOME | About MAB | Services | References | News & Events | Help Us! | Feedback
 

News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB NO. 338


TELEY MAB NO. 338
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687

Selasa, 2 Mac 2010

Salam sejahtera.

Terdapat 4 pengumuman baru dan 2 pengumuman lama.

Pengumuman 1: Kelas Bahasa Inggeris Untuk Individu Kurang Upaya Penglihatan

Unit Penempatan Pekerjaan akan mengadakan kelas Bahasa Inggeris pada setiap hari Sabtu dari jam 8.30 pagi – 10.00 pagi. Guru sukarela yang akan mengajar kelas tersebut ialah Cik Delecia seorang yang mahir berbahasa Inggeris dan BM. Kelas yang pertama akan diadakan pada hari Sabtu ini, 6 Mac 2010. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Cik Jacqueline di talian 03 2272 2677 sambungan 175.

Pengumuman 2: Perpustakaan dan Unit ICT Dibuka Pada Waktu Makan Tengah Hari

Mulai 1 Mac 2010, Perpustakaan dan Unit ICT akan beroperasi seperti biasa dari jam 8.30 pagi – 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan 8.30 pagi – 1.00 petang pada hari Sabtu selain Sabtu ke 2 dan ke 4 setiap bulan. Unit-unit tersebut akan dibuka pada waktu makan tengah hari dari hari Isnin hingga Jumaat.

Pengumuman 3: MAB Memperoleh Sijil ISO

MAB telah secara rasminya dianugerahkan sijil ISO 2001-9008 pada hari Khamis lalu, 25 Februari 2010 oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. MAB adalah organisasi orang kurang upaya pertama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang menerima sijil berkenaan.

Pengumuman 4: Salam Perpisahan Buat Rosnah Alimuda

Pn. Rosnah Alimuda bersara daripada MAB pada 25 Februari 2010. Beliau telah berkhidmat sebagai guru dan koordinator ABC selama lebih kurang 10 tahun sejak tahun 1999. Sumbangan beliau dalam mengembangkan program ABC di Brickfields, Klang dan Kota Bharu akan sentiasa dikenang. Beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan program PDK pertama untuk OKU penglihatan. Kami mendoakan yang terbaik buat beliau dan mengucapkan selamat bersara.

Pengumuman 5: Nyanyian Lagu-Lagu Lama Bahasa Inggeris

Sesi ke dua nyanyian lagu-lagu lama Bahasa Inggeris akan diadakan pada hari Sabtu, 6 Mac 2010 dari jam 2.00 petang – 5.00 petang di Pusat Warga Emas. Yuran pendaftaran hanya RM1.00 sahaja. Sila mendaftar dengan Mdm. Violet Kok di talian 03 2274 2576.

Pengumuman 6: Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Siber MAB

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 13 Mac 2010 di Dewan Utama, MAB dari jam 9.00 pagi – 10.30 pagi dan diikuti oleh pameran telefon bimbit Apple 3GS daripada Maxis jam 11.00 pagi dan tongkat pintar jam 2.00 petang. Makanan disediakan. Para ahli diminta menjelaskan yuran tahunan sebanyak RM12.00. Sila mendaftar dengan En. Fazlin di talian 03 2272 2677 sambungan 145.

Pengumuman 7: Buku Audio BM

Terdapat 5 buku audio BM baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-

  1. Himpunan Solat-Solat Sunat oleh Kamaluddin Mahmud.
  2. Dosa-Dosa Yang Menutup Pintu Hati oleh Yusof Al-Badi.
  3. Duka Israel oleh Sri Diah.
  4. Tebing Tinggi oleh Nikom Rayawa.
  5. Airmata Muhibbah oleh Mohd Ghazali Tocheh.

 

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.

Yang benar,
En. Godfrey Ooi.

 

 

----------

 

 

 

 



Image of a paper pin