HOME | About MAB | Services | References | News & Events | Help Us! | Feedback
 

News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB NO. 337


TELEY MAB NO. 337
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687

Rabu, 24 Februari 2010

Salam Sejahtera.

Terdapat 5 pengumuman.

Pengumuman 1: Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Siber MAB

Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 13 Mac 2010 di Dewan Utama, MAB dari jam 9.00 pagi – 10.30 pagi dan diikuti oleh pameran telefon bimbit Apple 3GS daripada Maxis jam 11.00 pagi dan tongkat pintar jam 2.00 petang. Makanan disediakan. Para ahli diminta menjelaskan yuran tahunan sebanyak RM12.00. Sila mendaftar dengan En. Fazlin di talian 03 2272 2677 sambungan 145.

Pengumuman 2: Tiga Puluh Peratus Daripada Jumlah Kakitangan MAB Adalah OKU Penglihatan

Pada akhir tahun 2009, MAB telah berjaya mencapai jumlah 30% pekerja yang terdiri daripada OKU penglihatan. 32 daripada 104 orang kakitangan MAB adalah OKU penglihatan. MAB menunjukkan contoh ‘Kepimpinan Melalui Tauladan’.

Pengumuman 3: Nyanyian Lagu-Lagu Lama Bahasa Inggeris

Sesi ke dua nyanyian lagu-lagu lama Bahasa Inggeris akan diadakan pada hari Sabtu, 6 Mac 2010 dari jam 2.00 petang – 5.00 petang di Pusat Warga Emas. Yuran pendaftaran hanya RM1.00 sahaja. Sila mendaftar dengan Mdm. Violet Kok di talian 03 2274 2576.

Pengumuman 4: Kejohanan Goalball Peringkat Asia 2010

Kejohanan ini dianjurkan oleh MAB bermula pada 3 – 7 Mac 2010 di PLPP Bangi dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang. Pasukan-pasukan goalball terbaik Asia akan bertanding sesama sendiri. Semua OKU penglihatan dijemput hadir beramai-ramai untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Fairuz di talian 03 2272 2677 sambungan 136.

Pengumuman 5: Buku Audio Bahasa Inggeris

Terdapat 5 buku audio Bahasa Inggeris baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-

  1. The Hound of The Baskervilles oleh Sir Arthur Conan Doyle.
  2. Half a Life oleh V.S. Naipaul.
  3. A Morbid Taste For Bones oleh Alice Peters.
  4. The Right Stuff oleh Tom Wolfe.
  5. On a Clear Day oleh David Blunket.

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.

Best regards,
Mr. Godfrey Ooi.

 

 

----------

 

 

 

 



Image of a paper pin