News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB
NO. 336
TELEY MAB NO. 336
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687
Rabu, 17 Februari 2010
Salam sejahtera.
Terdapat 3 pengumuman.
Pengumuman 1: Nyanyian Lagu-Lagu Lama Bahasa Inggeris
Sesi ke dua nyanyian lagu-lagu lama Bahasa Inggeris akan diadakan pada hari Sabtu, 6 Mac 2010 dari jam 2.00 petang – 5.00 petang di Pusat Warga Emas. Yuran pendaftaran hanya RM1.00 sahaja. Sila mendaftar dengan Mdm. Violet Kok di talian 03 2274 2576.
Pengumuman 2: Kejohanan Goalball Peringkat Asia 2010
Kejohanan ini dianjurkan oleh MAB bermula pada 3 – 7 Mac 2010 di PLPP Bangi dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang. Pasukan-pasukan goalball terbaik Asia akan bertanding sesama sendiri. Semua OKU penglihatan dijemput hadir beramai-ramai untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Fairuz di talian 03 2272 2677 sambungan 136.
Pengumuman 3: Buku Braille BM
Terdapat 5 buku braille BM yang amat disukai di kalangan peminjam-peminjam di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-
Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.
Yang benar,
En. Godfrey Ooi.
----------