News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB
NO. 335
TELEY MAB NO. 335
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687
Rabu, 3 Februari 2010
Salam sejahtera.
Kami memohon maaf di atas pertukaran pengumuman pada pertengahan minggu kerana ada hal yang penting.
Terdapat 4 pengumuman.
Pengumuman 1: Perubatan Tradisional dan Komplimentari
Kementerian Kesihatan akan memberi taklimat mengenai garis panduan perlesenan dan pendaftaran perubatan tradisional dan komplimentari. Ia akan diadakan pada hari Selasa, 9 Februari 2010 dari jam 9.00 pagi – 12.00 tengah hari. Disebabkan bidang urut dianggap sebagai perubatan tradisional, semua juru urut OKU penglihatan dijemput hadir. Sila mendaftar dengan Pn. Jamilah di talian 03 2272 2677 sambungan 173.
Pengumuman 2: Kempen Menderma Darah oleh KL Star Rail Sdn. Bhd
Ia akan diadakan pada hari Isnin, 8 Februari 2010 jam 11.00 pagi di stesen monorel Hang Tuah. Tiket-tiket monorel akan diberikan secara percuma oleh Star Rail pada hari tersebut kepada mereka yang menderma darah. Jika anda berminat untuk menyertai kempen dengan menderma darah anda, sila hubungi Pn. Nurfarah Jori di talian 03 2272 2677 sambungan 121.
Pengumuman 3: Cadangan Buku – Caesar and Christ: Rise and Fall of the Roman Empire
Selain daripada kisah menarik mengenai kewujudan dan keruntuhan Empayar Rom selepas memerintah selama 14 abad daripada tahun 800 S.M. – 1450 M, kita dapat melihat kepada masyarakat Rom dan kehidupan mereka, bagaimana Julius Caesar, Mark Anthony dan Maharaja-Maharaja yang lain berperang dan menguasai, kehidupan Yesus Kristus dan bagaimana lahirnya agama Kristian.
Jika anda ingin mendengar buku audio ini, sila hubungi Pn. Zuraidah di talian 03 2272 2677 sambungan 150.
Pengumuman 4: Buku Braille Bahasa Inggeris
Terdapat 5 buku braille bahasa Inggeris baru di Perpustakaaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-
Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.
Yang benar,
En. Godfrey Ooi.
----------