HOME | About MAB | Services | References | News & Events | Help Us! | Feedback
 

News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB NO. 334


TELEY MAB NO. 334
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687

Selasa, 2 Februari 2010

Salam sejahtera.

Terdapat 3 pengumuman.

Pengumuman 1: Kempen Menderma Darah oleh KL Star Rail Sdn. Bhd

Ia akan diadakan pada hari Isnin, 8 Februari 2010 jam 11.00 pagi di stesen monorel Hang Tuah. Tiket-tiket monorel akan diberikan secara percuma oleh Star Rail pada hari tersebut kepada mereka yang menderma darah. Jika anda berminat untuk menyertai kempen dengan menderma darah anda, sila hubungi Pn. Nurfarah Jori di talian 03 2272 2677 sambungan 121.

Pengumuman 2: Taklimat oleh Kementerian Kesihatan

Para majikan yang mengusahakan pusat urut dijemput hadir untuk mendengar taklimat daripada Kementerian Kesihatan (bahagian pengamal perubatan tradisional dan komplimentri) pada hari Selasa, 9 Februari 2010 jam 10.00 pagi di Dewan Utama, MAB. Pendaftaran dalam talian akan dilakukan pada hari berkenaan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Jamilah atau Pn. Jacqueline di talian 03 2272 2677 sambungan 173 atau 175.

Pengumuman 3: Buku Audio BM

Terdapat 5 buku audio BM baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-

  1. 30 Surah Terakhir Dengan Doa oleh Ahmad Saud.
  2. Penolakan Terhadap Penilaian Semula Hadith oleh Hj Said Ibrahim.
  3. Penderitaan Umat Islam Abad ke 20 oleh Nasri Mohd Amin.
  4. Manual Pertolongan Cemas Persatuan Bulan Sabit Merah oleh Haris Ibrahim.
  5. Mengurus Dengan Kebijaksanaan oleh Jack H. Grossman.

 

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.

Yang benar,
En. Godfrey Ooi.

 

 

----------

 

 

 

 



Image of a paper pin