News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB
NO. 333
TELEY MAB NO. 333
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687
Isnin, 25 Januari 2010
Salam sejahtera.
Terdapat 6 pengumuman baru dan 1 pengumuman lama.
Pengumuman 1: Taklimat oleh Kementerian Kesihatan
Para majikan yang mengusahakan pusat urut dijemput hadir untuk mendengar taklimat daripada Kementerian Kesihatan (bahagian pengamal perubatan tradisional dan komplimentri) pada hari Selasa, 9 Februari 2010 jam 10.00 pagi di Dewan Utama, MAB. Pendaftaran dalam talian akan dilakukan pada hari berkenaan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Jamilah atau Pn. Jacqueline di talian 03 2272 2677 sambungan 173 atau 175.
Pengumuman 2: Anugerah Perlajar Cemerlang 2008
Ia telah diadakan pada 14 Januari 2010 lalu di Dewan Utama, MAB. Seramai 7 orang pelajar telah menerima anugerah tersebut daripada MAB. Mereka adalah:-
Pengumuman 3: Kelas Bahasa Inggeris untuk Bekas Pelatih dan Pekerja-Pekerja OKU Penglihatan
Unit Penempatan Kerja, MAB sedang mengadakan kelas Bahasa Inggeris pada setiap hari Rabu dari jam 2.00 – 4.00 petang di bawah tunjuk ajar seorang guru Bahasa Inggeris yang berkelayakan. Kelas ini adalah percuma. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Pn. Jacqueline di talian 03 2272 2677 sambungan 175.
Pengumuman 4: Bengkel Menggunakan Microsoft Excel dan Power Point
Ia akan diadakan dari 6 – 7 Februari 2010 di Unit ICT, Kompleks MAB. Yuran pendaftaran adalah RM50.00 sahaja. Sesiapa yang berminat, sila hubungi En. Fazlin di talian 03 2272 2677 sambungan 145 sebelum 30 Januari.
Pengumuman 5: Maklumat Terkini Mengenai Jualan Lelong Kelab Warga Emas Pada 12 Disember 2009
Mohon maaf di atas penangguhan tempoh hari. Sukacita dimaklumkan bahawa 25 barang telah diterima daripada para ahli untuk jualan lelong. Keuntungan daripada jualan tersebut berjumlah RM400.00. Hanya satu barang sahaja tidak dibeli iaitu mesin pengurut kaki elektronik. Ia telah diletakkan di Pusat Warga Emas untuk kegunaan para ahli.
Pengumuman 6: Persidangan Penggal ke 3 oleh Pusat Khidmat Masyarakat
Ia akan diadakan dari 20 – 21 Februari 2010 di Kantin MAB, Kompleks MAB jam 12.00 tengah hari – 2.00 petang pada hari pertama dan jam 8.00 pagi – 2.00 petang pada hari kedua. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Nurul di talian 013 3979 928 atau pejabat di talian 03 9221 1440.
Pengumuman 7: Nyanyian Lagu Mandarin
Ia akan diadakan pada hari Isnin, 1 Februari 2010 dari jam 10.00 pagi – 1.00 petang di Pusat Warga Emas. Masa satu jam tambahan dari jam 1.00 – 2.00 petang akan diberikan kepada mereka yang berminat untuk menyanyi secara perseorangan. Yuran pendaftaran hanya RM1.00 sahaja. Sila mendaftar dengan En. Lai Kok Keong di talian 03 2274 2576.
Pengumuman 8: Buku Audio Bahasa Inggeris
Terdapat 5 buku audio Bahasa Inggeris baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-
Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.
Yang benar,
En. Godfrey Ooi.
----------