HOME | About MAB | Services | References | News & Events | Help Us! | Feedback
 

News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB NO. 332


TELEY MAB NO. 332
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687

Rabu, 13 Januari 2010

Salam sejahtera.

Terdapat 5 pengumuman baru dan 1 pengumuman lama.

Pengumuman 1: Maklumat Terkini Mengenai Perjumpaan Warga Emas dan Ceramah Pengurusan Risiko Bencana oleh Mercy Malaysia

Sila ambil perhatian. Ceramah Mercy Malaysia telah ditangguhkan ke 23 Januari 2010 di Dewan Utama, MAB. Ia adalah salah satu acara untuk perjumpaan warga emas yang bermula jam 9.30 pagi pada tarikh yang sama. Ini bermakna permainan lotto dan dominoes dibatalkan. Yuran pendaftaran untuk perjumpaan tersebut adalah RM4.00 untuk ahli dan RM5.00 bukan ahli. Sila mendaftar dengan Pn. Rani selewat-lewatnya pada hari Khamis, 21 Januari di talian 03 2272 2677 sambungan 154.

Pengumuman 2: Nyanyian Lagu-Lagu Lama Bahasa Inggeris

Salah seorang ahli daripada Kelab Warga Emas iaitu Dorothy Wong telah bersetuju untuk mengendalikan sesi nyanyian lagu-lagu lama Bahasa Inggeris yang akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Januari 2010 bermula jam 2.00 petang di Pusat Warga Emas. Yuran pendaftaran hanya RM1.00 sahaja. Sila mendaftar dengan Mdm. Violet Kok di talian 03 2274 2576.

Pengumuman 3: Nyanyian Lagu Mandarin

Ia akan diadakan pada hari Isnin, 1 Februari 2010 (Hari Wilayah Persekutuan) dari jam 10.00 pagi – 1.00 petang di Pusat Warga Emas. Masa satu jam tambahan dari jam 1.00 – 2.00 petang akan diberikan kepada mereka yang berminat untuk menyanyi secara perseorangan. Yuran pendaftaran hanya RM1.00 sahaja. Sila mendaftar dengan En. Lai Kok Keong di talian 03 2274 2576.

Pengumuman 4: “Midnight and Christmas Services 2009”

Khidmat Krismas tahun lepas daripada Gereja St. John dan Leeds termasuk 9 ajaran dan nyanyian carol daripada koir Kolej King kini terdapat dalam bentuk MP3 dengan harga RM5.00 satu salinan. Untuk tempahan, sila hubungi Pn. Rani di talian 03 2272 2677 sambungan 154.

Pengumuman 5: Buku Yang Dicadangkan Kepada Anda – My Side of History oleh Chin Peng

Buku ini mengisahkan perjuangan Chin Peng dan Parti Komunis Malaya, bagaimana Chin Peng nyaris maut, apa yang sebenarnya terjadi semasa pembunuhan Sir Henry Gurney dan mengapa rundingan Baling (1956) dengan Tunku Abdul Rahman gagal tetapi rundingan yang dimulakan oleh Tun Dr. Mahathir (1989) berjaya.

Pengumuman 6: Kejohanan Bowling Padang Kebangsaan 2010

Ia akan diadakan pada 30 – 31 Januari 2010 di Padang Bowling Greens Bukit Kiara. Makanan dan penginapan akan disediakan. Peserta, pengiring dan pegawai akan dikenakan yuran sebanyak RM20.00 seorang. Borang penyertaan boleh didapati di kaunter resepsi MAB. Tarikh tutup adalah 10 Januari. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Fairuz di talian 03 2272 2677 sambungan 136.

Pengumuman 7: Buku Braille BM

Berikut adalah 5 buku braille BM yang diminati di kalangan peminjam-peminjam di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-

  1. Hati Yang Luka oleh Norhayati Berahim.
  2. Priya oleh Abdul Rahman Daud.
  3. Perempuan Ini Lelaki Itu oleh Jenna Jehan.
  4. Rahsia Sebuah Beg oleh Syafiqa Aina.
  5. Pengembaraan Fantasi oleh Olyn Azmi.

 

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.

Yang benar,
En. Godfrey Ooi.

 

----------

 

 

 

 



Image of a paper pin