News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB
NO. 331
TELEY MAB NO. 331
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687
Isnin, 11 Januari 2010
Salam sejahtera.
Terdapat 4 pengumuman baru dan 3 pengumuman lama.
Pengumuman 1: Nyanyian Lagu-Lagu Lama Bahasa Inggeris
Salah seorang ahli daripada Kelab Warga Emas iaitu Dorothy Wong telah bersetuju untuk mengendalikan sesi nyanyian lagu-lagu lama Bahasa Inggeris yang akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Januari 2010 bermula jam 2.00 petang di Pusat Warga Emas. Yuran pendaftaran hanya RM1.00 sahaja. Sila mendaftar dengan Mdm. Violet Kok di talian 03 2274 2576.
Pengumuman 2: Nyanyian Lagu Mandarin
Ia akan diadakan pada hari Isnin, 1 Februari 2010 (Hari Wilayah Persekutuan) dari jam 10.00 pagi – 1.00 petang di Pusat Warga Emas. Masa satu jam tambahan dari jam 1.00 – 2.00 petang akan diberikan kepada mereka yang berminat untuk menyanyi secara perseorangan. Yuran pendaftaran hanya RM1.00 sahaja. Sila mendaftar dengan En. Lai Kok Keong di talian 03 2274 2576.
Pengumuman 3: “Midnight and Christmas Services 2009”
Khidmat Krismas tahun lepas daripada Gereja St. John’s dan Leeds termasuk 9 ajaran dan carol daripada koir Kolej King’s kini terdapat dalam bentuk MP3 dengan harga RM5.00 satu salinan. Untuk tempahan, sila hubungi Pn. Rani di talian 03 2272 2677 sambungan 154.
Pengumuman 4: Cadangan Buku – My Side of History oleh Chin Peng
Buku ini mengisahkan perjuangan Chin Peng dan Parti Komunis Malaya, bagaimana Chin Peng nyaris maut, apa yang sebenarnya terjadi semasa pembunuhan Sir Henry Gurney dan mengapa rundingan Baling (1956) dengan Tunku Abdul Rahman gagal tetapi rundingan yang dimulakan oleh Tun Dr. Mahathir (1989) berjaya.
Pengumuman 5: Ceramah Mengenai Pengurusan Risiko Bencana oleh Mercy Malaysia
Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 16 Januari 2010 jam 10.00 pagi di Bilik Kuliah, Tingkat 2, Blok A di Kompleks MAB. Sila mendaftar dengan Pn. Jamilah di talian 03 2272 2677 sambungan 173.
Pengumuman 6: Perjumpaan Warga Emas
Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Januari 2010 jam 10.30 pagi di Dewan Utama, MAB. Ia akan didahului oleh permainan lotto dan dominoes bermula jam 9.00 pagi. Yuran RM4.00 untuk ahli dan RM5.00 bukan ahli. Sila mendaftar dengan Pn. Rani di talian 03 2272 2677 sambungan 154.
Pengumuman 7: Kejohanan Bowling Padang Kebangsaan 2010
Ia akan diadakan pada 30 – 31 Januari 2010 di Padang Bowling Greens Bukit Kiara. Makanan dan penginapan akan disediakan. Peserta, pengiring dan pegawai akan dikenakan yuran sebanyak RM20.00 seorang. Borang penyertaan boleh didapati di kaunter resepsi MAB. Tarikh tutup adalah 10 Januari. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Fairuz di talian 03 2272 2677 sambungan 136.
Pengumuman 8: Buku Braille Bahasa Inggeris
Terdapat 5 buku braille Bahasa Inggeris baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-
Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.
Yang benar,
En. Godfrey Ooi.
----------