News & Events > Teley-MAB > TELEY MAB
NO. 330
TELEY MAB NO. 330
(link for English version)
Tel: 03 2272 2687
Rabu, 6 Januari 2010
Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru.
Terdapat 4 pengumuman baru.
Pengumuman 1: Nikon Centre Menawarkan Untuk Mengambil Gambar Percuma Bagi OKU Penglihatan
Warga OKU penglihatan yang berhasrat untuk mengambil gambar diri sendiri atau berkeluarga secara percuma, sila datang ke Nikon Centre di Times Square, tingkat bawah dari 8 – 10 Januari 2010 jam 11.00 pagi – 8.00 malam. Kakitangan MAB akan bersedia untuk membantu. Jika anda memerlukan pengangkutan ke tempat tersebut, sila hubungi En. Peter Manickam di talian 03 2272 2677 sambungan 132 untuk mengetahui samada pengangkutan ada disediakan atau tidak.
Pengumuman 2: Ceramah Mengenai Pengurusan Risiko Bencana oleh Mercy Malaysia
Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 16 Januari 2010 jam 10.00 pagi di Bilik Kuliah, Tingkat 2, Blok A di Kompleks MAB. Sila mendaftar dengan Pn. Jamilah di talian 03 2272 2677 sambungan 173.
Pengumuman 3: Perjumpaan Warga Emas
Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Januari 2010 jam 10.30 pagi di Dewan Utama, MAB. Ia akan didahului oleh permainan lotto dan dominoes bermula jam 9.00 pagi. Yuran RM4.00 untuk ahli dan RM5.00 bukan ahli. Sila mendaftar dengan Pn. Rani di talian 03 2272 2677 sambungan 154.
Pengumuman 4: Maklumat Terkini Mengenai Kejohanan Bowling Padang Kebangsaan 2010
Ia akan diadakan pada 30 – 31 Januari 2010 di Padang Boling Greens Bukit Kiara. Makanan dan penginapan akan disediakan. Peserta, pengiring dan pegawai akan dikenakan yuran sebanyak RM20.00 seorang. Borang penyertaan boleh didapati di kaunter resepsi MAB. Tarikh tutup adalah 10 Januari. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Fairuz di talian 03 2272 2677 sambungan 136.
Pengumuman 5: Buku Audio BM
Terdapat 5 buku audio BM baru di Perpustakaan MAB. Tajuk-tajuknya adalah:-
Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima Kasih.
Yang benar,
En. Godfrey Ooi.
----------