
PERSATUAN BAGI ORANG BUTA MALAYSIA
(MALAYSIAN ASSOCIATION FOR THE BLIND)
KLINIK KEJURULATIHAN & KURSUS PENGADIL (REFEREE) BAGI SUKAN GOALBALL
Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia akan menganjurkan Klinik Kejurulatihan & Kursus Pengadil (Referee) pada 18-23 November 2008. Hanya terdapat 10 pengadil tahap 1 dan 4 pengadil tahap 2 di Malaysia. Disebabkan sukan goalball merupakan salah satu sukan yang diminati oleh oku penglihatan pihak Persatuan dengan ini mengambil keputusan untuk menganjurkan klinik dan kursus ini bagi menangani masalah ketiadaan jurulatih serta kekurangan pengadil yang bertauliah dalam sukan goalball di Malaysia.
Selain itu, dapat meningkatkan kualiti permainan dan juga dapat membangunkan sukan goalball di Malaysia ke peringkat yang lebih cemerlang.
Klinik dan kursus tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 18-23 November 2008
Tempat : Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan Bangi (PLPP)
Setiap peserta hanya dibenarkan mendaftar hanya salah satu klinik atau kursus yang ditawarkan. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM750.00 seorang. Pihak penganjur akan menyediakan penginapan (twin sharing), makan minum, pengangkutan dari penginapan ke venue. Pihak penganjur hanya menyediakan 15 tempat untuk klinik kejurulatihan dan 15 tempat untuk kursus pengadil. Tawaran adalah terhad. Tarikh tutup pendaftaran 10 Oktober 2008.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Muhammad Fairuz Bin Abdullah Eksekutif Sukan & Rekreasi di talian 019-2727283 atau 03-22722677 ext. 136.